Assalamualaikum.
Seperti yang semua maklum, tahun ini kita telah mengadakan format baru bagi mengendalikan sistem kewangan. Sebagai rujukan, tahun-tahun sebelum ini kutipan bayaran bagi setiap projek tahunan (yang melibatkan semua ahli Gundai) dibuat selepas selesainya sesuatu projek. Jumlah bayaran dibuat berdasarkan kiraan mengikut berapa nilai yang telah dibelanjakan oleh pengarah projek termasuk klaim-klaim sewaktu projek dijalankan.
Berlaku beberapa kesulitan ketika proses pengutipan semula daripada peserta projek, dimana tidak 100% modal yang dikeluarkan oleh pengarah projek/pinjaman dari Duit Surau diperolehi semula. Ini akan menyebabkan pengarah projek mengalami kerugiaan dari segi kewangan dan tenaga. Harus diingatkan, pengarah projek tidak dilantik untuk menanggung beban, malah bagi menguruskan projek supaya berjalan dengan lancar secara tidak langsung memberi pengalaman untuk generasi yang akan datang untuk menguruskan projek-projek tahun berikutnya.
Setelah mendapat kata sepakat, majlis tertinggi telah memutuskan untuk mengutip Yuran Tahunan daripada setiap ahli Gundai bagi menyelesaikan masalah di atas. Yuran Tahunan berfungsi sebagai modal yang akan diberikan kepada setiap pengarah projek berdasarkan anggaran dari projek-projek tahun sebelumnya. Sebarang lebihan peruntukan akan dikembalikan semula kepada bendahari dan segala pengiraan akan dibentangkan oleh pengarah projek/bendahari di www.gundai.net agar tidak berlaku penyelewengan bagi memuaskan semua pihak.
Sistem ini dipercayai dapat mengurangkan beban pengarah projek dan secara tidak langsung menggalakkan penyertaan penuh oleh warga Gundai setiap kali berlangsungnya projek, majlis atau upacara tahunan. YT juga berfungsi sebagai peruntukan untuk
pinjaman sekira berlakunya kecemasan . Contohnya, pinjaman untuk membeli tiket penerbangan pulang secara mengejut atau kemalangan dikalangan ahli yang memerlukan kos pembiayaan rawatan yang tinggi misalnya.
Harus diingatkan, bermula penggal ini perkara-perkara berikut akan dilaksanakan berdasarkan keputusan yang telah dipersetujui sebolat suara pada Mesyuarat Agung 2011/2012 yang lalu.
1) Yuran Tahunan adalah
10,000 yen, harus dibayar kepada Bendahari, Muhammad Taufiq. Untuk berlaku adil kepada semua, segala pembayaran harus diselesaikan sebelum bermula sesi kedua bermula,
1 Oktober 2011 @ 08:40 pagi. Untuk mengelakkan sebarang salah faham, diminta kerjasama semua agar tidak meminta menangguhkan bayaran sehingga akhir sesi persekolahan, dan membayar nilai yang perlu sahaja. (1 man je kot, bayar je la terus. Semua org dpt duit yang sama, kenapa nak tangguh-tangguh.)
2) Yuran tahunan untuk surau adalah
5,000 yen. Bayaran ini hanya perlu dibayar oleh pelajar-pelajar di Kiryu sahaja.
3) Setelah mendengar keluhan-keluhan orang yang tidak menghadiri projek tetapi masih dikenakan bayaran, semua pengarah projek diwajibkan mengambil kedatangan dan melampirkan di dalam laporan projek untuk mengira bayaran projek per kepala, dan menolak dari yuran 10,000 yen masing-masing.
4) Pengiraan semula akan dilakukan pada hujung penggal, dan lebihan bayaran akan dipulangkan semula kepada individu masing-masing agar tidak berlaku perbalahan di kemudian hari.
Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh diajukan di ruangan komen atau secara terus pada
AJK Tertinggi Gundai.
Sekian.
Status Terkini Kewangan Gundai (Versi 30 Mac 2012)
Status Terkini Kewangan Gundai (Versi 16 Januari 2012)
Status Terkini Kewangan Gundai (Versi 23 Disember 2011)
Status Terkini Kewangan Gundai (Versi 25 Oktober 2011)
Status Terkini Kewangan Gundai (Versi 17 Julai 2011)
Berikut merupakan individu yang masih terlupa untuk membayar yuran pada sesi persekolahan lepas :
1) Yuran Surau 2009/2010 (5,000 yen)
- Syamimi
- Farhana
P/S : Data diterima terus daripada Bendahari 09/10
2) Yuran Surau 2010/2011 (5,000 yen)
- Ariff Yasir