Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Saudara/i Pelajar yang dikasihi,
Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk berhubung perkara di atas.
Untuk makluman Saudara/i pelajar sekalian, Bahagian Pengurusan Psikologi (BPPs), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah melancarkan Facebook yang disediakan khas untuk berhubung dengan pelajar tajaan di luar negara. Alamat Facebook tersebut adalah seperti berikut:
http://www.facebook.com/
Laman Facebook ini dilancarkan bertujuan untuk memudahkan pelajar mendapatkan perkhidmatan kaunseling sekiranya perlu. Sehubungan itu juga, pihak BPPs telah mengadakan penjadualan sesi di antara pelajar dan pegawai psikologi secara maya (online) pada 3 hari dalam seminggu seperti berikut:
Isnin: 10am-12tgh (Waktu Malaysia)
Rabu: 2pm-4pm (Waktu Malaysia)
Jumaat: 10am-12tgh (waktu Malaysia)
Oleh itu, Pejabat ini berharap Saudara/i pelajar dapat mengambil kesempatan ini dengan melayari laman web seperti yang dinyatakan di atas dan berhubung dengan pihak JPA sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling.
Sekian,
Muhammad Annizam Mohd Mohtar
Second Secretary
Human Resource Development
(Education and Training)
Embassy of Malaysia
20-16, Nanpeidai-cho
Shibuya-Ku, Tokyo 150-0036
Tel : +81-3- 3476 3840
Fax : +81-3-3476 1702
Emel : annizam@hrdtokyo.jp