Khamis, 23 September 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri Anjuran Pejabat Penasihat Pendidikan Latihan JPA Tokyo bersama KUJ dan MSAJ

Assalammualaikum dan Salam Sejahtara Saudara/Saudari/Tuan/Puan Pelajar yang dikasihi,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk berhubung perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa satu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Anjuran Pejabat Penasihat Pendidikan Latihan, JPA Tokyo bersama KUJ dan MSAJ Kanto akan diadakan seperti butiran berikut:

TARIKH : 3 Oktober 2010 (Ahad)
MASA : 11.00 pagi – 4.00 petang
TEMPAT : #402, 5-17-27, Kamimeguro, Meguro-ku, Tokyo 153-0051
PAKAIAN : Baju Kebangsaan

Sehubungan itu, semua pelajar adalah dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ini. Pelajar yang berminat untuk hadir ke Majlis ini perlu mengemukakan pengesahan kehadiran melalui emel kepada Cik Suraihan binti Rattas (suraihan@hrdtokyo.jp ) selewat-lewatnya 29 September 2010 dengan memberikan butiran seperti berikut:

1. Nama penuh
2. No Telefon
3. Emel
4. Tajaan
5. Nama Universiti
6. Peringkat Pengajian (e.g. Diploma, Ijazah, Masters, PhD)

Sekian,

Muhammad Annizam Mohd Mohtar
Second Secretary
Human Resource Development
(Education and Training)
Embassy of Malaysia
20-16, Nanpeidai-cho
Shibuya-Ku, Tokyo 150-0036

Tel : +81-3- 3476 3840
Fax : +81-3-3476 1702
Emel : annizam@hrdtokyo.jp

Isnin, 6 September 2010

Solat Sunat Dan Sambutan Aidilfitri 1431H Oleh Kedutaan Malaysia,Tokyo



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Berhubung perkara di atas, sukacita dimaklumkan Kedutaan Besar Malaysia Tokyo akan mengadakan Solat Sunat Aidilfitri pada 1 Syawal 1431H yang diramalkan pada hari Jumaat 10 September 2010. Memandangkan tarikh Hari Raya di Jepun adalah berdasarkan tarikh Hari Raya di Malaysia, semakan tarikh sebenar Hari Raya Aidilfitri boleh dibuat di mana-mana akhbar 'online' seperti BERNAMA, Utusan Malaysia dan Berita Harian yang akan membuat liputan sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia pada hari Rabu 8 September 2010, sekitar jam 8.00 malam waktu Malaysia.

Surat jemputan dan butiran Majlis adalah seperti di lampiran. Mohon juga dihebahkan makluman ini kepada rakan-rakan warga Malaysia di tempat masing-masing.

Memandangkan saya perlu bertugas di Sapporo, Hokkaido pada 9 dan 10 September 2010, dan tidak dapat berjumpa dengan saudara/i pelajar yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kedutaan kelak, maka saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pelajar Malaysia di Jepun. Kepada pelajar yang telah selamat sampai di Malaysia, selamat menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta! Kepada pelajar yang sekali lagi atau kali pertama akan menyambut Aidilfitri di perantauan, janganlah bersedih. Anggaplah ianya satu pengalaman berharga yang mana tidak semua orang dapat merasainya.

Akhir sekali,

Mulut kadang salah berucap...
Mata kadang salah melihat...
Hati kadang salah menduga...
Maafkan segala kesilapan dan kekurangan yang pasti ada!

Salam ingatan tulus ikhlas daripada kami warga kerja Pejabat Penasihat Pendidikan & Latihan, JPA Tokyo serta Pegawai & Kakitangan Kedutaan Besar Malaysia Tokyo.

Siti Zaharah Omar
Penasihat Pendidikan & Latihan
Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA
Kedutaan Besar Malaysia , Tokyo

Tel : +81-3- 3476 4219 ( Direct Line)
Faks :+81-3-3476 1702
Bimbit : +81-90-4626-4367

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...