Isnin, 25 Oktober 2010

isu PALESTIN isu KITA


Bismillahirrahmanirrahim..

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.
(Riwayat Bukhari)

***
KERANAMU PALESTINA diari sebuah perjalanan Poster1

Menyelusuri memori perjalanan berdarah para pejuang yang tak gentar seribu gertakan,
Menyelami coretan suka duka pelayaran membawa seribu harapan,
Dalam hujan peluru dan kepungan rejim zionis angkuh menafikan satu perjuangan.

Buat julung kalinya Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) Jepun bersama  Aqsa Syarif membawa anda secara terus menyelami dan menghayati detik-detik pelayaran Mavi Marmara bersama Pengerusi pertubuhan pembelaan Palestin Aqsa Syarif, Ustaz Hasanuddin Mohd Yusuf.
Beliau merupakan salah seorang daripada puluhan aktivis-aktivis Mavi Marmara yang  utuh memperjuangkan misi kemanusiaan LL4G(Lifeline for Gaza). Beliau juga merupakan saksi lagak angkuh rejim laknatullah zionis tatkala kapal yang dinaiki beliau diserang di tengah-tengah perairan antaranbangsa, di mana  sebilangan krew terkorban serta cedera.

Ayuh, selami sendiri
dan hayati perjuangan mereka.
Secara “live” kami bawakan kepada anda

KERANAMU PALESTINA
-diari sebuah perjalanan-
3 November 2010
bertempat di 
PLAZA WEST, SAITAMA

Mendaftarlah di http://palestin.amirnet.org/. Cenderamata berupa produk dari Aqsa Syarif menanti anda bagi sesiapa yang mendaftar.

Selasa, 19 Oktober 2010

LAPORAN SATAY 2010


Assalamualaikum.....


Alhamdulillah pada 16 Oktober yang lalu Majlis Sambutan Hari Raya Gundai(SATAY) telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.Terima kasih kepada semua warga Gundaian kerana telah memberi kerjasama yang sangat baik kepada kami bagi menjayakan majlis yang berjalan dengan ceria dan meriah sekali.Dengan ini saya wakil dari pihak tantou ingin melaporkan belanjawan bagi majlis Satay 2010.Butiran adalah seperti berikut:

BIL

BUTIRAN

NILAI YEN

1

100yen

3150

2

DonkiHotei

10 897

3

CainzHome

778

4

Avance

992

5

Yaoko

894

6

Gunto

7455

7

Ashikaga

1350

8

Gyomu

7487

9

Ayam & Daging

14 100

10

Batricom

3950

11

Claim

3000

JUMLAH

54053













Kami ingin memohon maaf jika ada cacat cela sepanjang majlis diadakan.Dan minta halalkan segala wang yang telah kami gunakan.Jumpa lagi di majlis Satay pada tahun depan.InsyaAllah.Assalamualaikum.

Zamzarina,

PP Satay 2010.

MySpace

















Isnin, 18 Oktober 2010

Status Kewangan

Assalamualaikum..

Saya sbg bendahari Gundai ingin melaporkan kedudukan terkini saham2 Gundaian sekelian.
Sebelum itu, diucapkan tahniah dan terima kasih kpd tantou Majlis Kouyou hari tu. Sedap.
OK, beralih semula kpd tajuk utama kita, berikut merupakan kira-kira bagi suku tahun pertama tahun 2011.

Klik SINI untuk melihat Status Kewangan kita bersama.
UPDATED 1 Mac 2011.

Legends :
O - sudah bayar
-- - tak perlu bayar

Sekian, yang benar.
Bendahari Gigih

P/S : Kalau data salah, bolehlah rujuk balik. Maaf awal2.

Khamis, 14 Oktober 2010

OPEN HOUSE TOBU EXE

Assalamualaikum...

Sebelum tu,masih belum terlambat agaknya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga Gundaian

Kami, penduduk TOBU EXE berbesar hati menjemput seluruh warga gundaian ke open ouse kami. Details adlh spt berikut :

  Tarikh : 15 Okt 2010.
  Masa : selepas maghrib (5:30~)
  Tempat : bilek 105 (onna)
          bilek 106 (otoko)

Kalau ada sesiapa yang mahu membawa rakan atau sebagainya , amat dialu-alukan..
Kpd yg berkenderaan , bolehlah memparkin kenderaan kalian di belakang tobu 
(berhadapan farmasi)

p/s : tuk sbrg pertnyaan sila hubungi mana2 penduduk tobu MySpace


Ahad, 10 Oktober 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI (SATAY)



Assalamualaikum...

Sebelum tu,masih belum terlambat agaknya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga Gundaian..MySpace
Tiba lah masa yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga Gundaian..iaitu Majlis Satay..oyyeaaa!!MySpace

Setelah kami membuat perbincangan,akhirnya kami memutuskan untuk melaksanakan majlis yang gemilang lagi terbilang ini pada tarikh dan masa berikut:

Tarikh : 16 Okt 2010.
Masa : 6:30pm-ketibaan hadirin
7:00pm-majlis BERMULA
Tempat : Dewan Kaikan.
Tema : Baju Raya(Baju Kebangsaan shj.)

Berikut adalah pembahagian tugas untuk setiap batch.(Kalau ada sesiapa yang keliru atau ada sebarang pertanyaan mengenai pembahagian tugas,sila maklumkan kepada kami batch 2nen.MySpace)
1nen : Side dish
2nen : Satay,kuah kacang,mee goreng,nasi impit
3nen : Side dish
4nen : Lontong
Kalau ada sesiapa mahu wang,sila berjumpa dengan Zamzarina.Atau pun boleh claim kemudian.No worry be happyMySpace

NOTA

1.Harap semua warga Gundaian boleh menepati masa seperti yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah.

2.Kalau ada sesiapa yang mahu membawa rakan atau sebagainya,sila maklumkan kepada Pengarah Projek.

3.Bagi julung kalinya,pada tahun ini akan diadakan pertandingan bagi King n Queen..WOW!!MySpace.Jadi,sediakan lah persiapan untuk jadi bertambah SEGAK dan ANGGUN pada malam itu.

4.Sebarang kesulitan sila maklumkan kepada Pengarah Projek.

Sekian,

Zamzarina,
Pembantu PP,.MySpace


(gambar,credit to Yahoo.com)

Isnin, 4 Oktober 2010

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...