Assalamualaikum para Gundaian sekalian,..
Bunga sakura telah mula tumbuh dengan comelnya.Sekolah pun dah bermula.

Semoga Gundaian semua dapat membiasakan diri dengan keadaan baru terutamanya kepada kohai 2nen,selamat datang ke Kiryu yang indah dan permai ini.Jangan malu dan segan untuk bertanya jika ada apa-apa masalah yer. (:
Alhamdulillah pada 2011/4/10 bertempat di Dewan Kaikan kita telah mengadakan mesyuarat untuk Organisasi Gundai 2011/2012.Ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Jawatankuasa tahun 2010/2011 kerana telah berusaha sebaiknya melaksanakan tugas masing-masing.
Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2011/2012.Atas sebab-sebab tertentu untuk makluman anda pada tahun ini ada sedikit pembaharuan berkenaan AJK dimana AJK Sukan, AJK Kerohanian dan sebagainya tidak lagi dilantik seperti tahun2 sebelum ini :
PRESIDEN : Nur Addin Bin Ibrahim
NAIB PRESIDEN : Nurrina Binti Rosli
SETIAUSAHA : Zamzarina Binti Talibudin
BENDAHARI : Muhammad Taufiq Bin Ibrahim
AJK Surau : Mohd Alias Bin Osman
---------------------------------------------------------------------------------------
Berikut adalah senarai projek dan Pengarah bertugas bagi setiap projek(Tarikh dan tempat projek masih belum lagi dibincangkan):
1)
HANAMI(歓迎会)
Pengarah : Mohd Alias Bin Osman & Nur Izatie Binti Halim
2)
BBQ
Pengarah : Ariff Yasir Bin Zulkafli & Maisarah Binti Abdul Razak
3)
NATSU
Pengarah : Syafiq Bin Abdul Hamid & Siti Ruqayyah Binti Abd Hamid
4)
SATAY
Pengarah : Mohamad Aliff Bin Mohd Yusri & Nur Hafizah Binti Khusni
5)
GAKUENSAI
Pengarah : Mohamad Aliff Bin Mohd Yusri & Syamimi Binti Zainul Abidin
6)
KOUYOU
Pengarah : Shamzubillah Bin Mustafa & Afiqah Binti Janudin
7)
SOUBETSUKAI
Pengarah : Nurul Ain Wahidah Binti Ibrahim & Siti Nursaliha Binti Radzuan
8)
SAYONARA SENPAI
Pengarah : Sesiapa yang ada di Kiryu pada masa itu.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Senarai yuran yang harus dilangsaikan oleh setiap Gundaian adalah seperti berikut :
1)
Yuran Tahunan :
10,000yen(masih belum ditetapkan nilai sebenar)
2)
Surau :
5,000yen
Yuran hendaklah dibayar kepada Bendahari Muhammad Taufiq dengan segera untuk mengelakkan sebarang masalah yang akan timbul.(Untuk Duit Surau hanya tertakluk kepada penduduk Kiryu sahaja)
-------------------------------------------------------------------------------------------
Masalah-masalah yang dibincangkan :
1)
Masalah dengan Dai atau orang Jimu.
Langkah penyelesaian yang harus di ambil : kalau boleh harus bermesra dengan orang Jimu dan selalu check Hikidashi masing-masing.Ini bagi mengelakkan orang Jimu pandang serong pada budak Malaysia.
2)
Buang atau tinggal barang di Apato.
Langkah : Jangan tinggal barang sewenang-wenangnya.Kemaslah baik-baik ye.Nanti Oyasan mengadu pada orang Jimu.
3)
Kohai 1nen :
1) Alien Card & Towa Bank (Jimu tolong)
2)Travel cheque
3)Youyaku Internet
4)Basikal
5)Barang-barang rumah(barang elektrik yang penting order di internet)
6)Buat keitai
7)Touroku Subjek
(**Volunteer dari senpai2 untuk tolong kohai)
--------------------------------------------------------------------------------------------
Semoga projek pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan harap semua Gundaian dapat menghadirkan diri bagi memeriahkan projek kita. (:
Sebarang pertanyaan boleh lah contact AJK ye.
Laporan oleh:
Zamzarina.

**ramai gk name ayah bdk Gundaian ni Ibrahim rupenye. (: