Selasa, 21 Disember 2010

OPEN HOUSES

Assalamualaikum WBT

Saya sbg wakil kawasan perumahan white corp,wanzu home, dan (Ivy square), ingin menjemput sume rakan sekalian datang ke majlis rumah terbuka kami bersama pada hujung minggu ini.


Tarikh dan masa adalah seperti berikut:



tarikh : 26/12/2010 Ahad

masa : selepas solat zuhur (12:35 PM~)

tempat : wanzu home 204 (lelaki)
rumah nurrina (wanita)


semua warga kiryu, maebashi dan takasaki dijemput hadir memeriahkn majlis.

yg benar,
sufiyan

Rabu, 8 Disember 2010

OPEN HOUSE ウエーブハイツ(前橋)

Assalamualaikum...

kami 1nen maebashi berbesar hati utk menjemput sume warga gundaian ke open house kami.
tarikh dan masa spt berikut:

Tarikh: 11 Dec 2010(sabtu)
Masa: selepas zuhur(12.00~)
Tempat: bilik onna(205)
bilik otoko(106)

jemputlah dtg maebashi..sama2 meriahkan suasana open house kami..
sekian..
      




Isnin, 22 November 2010

Bilik Terbuka Himawari

Masa yang dinanti telah tiba!!!

Dengan ini sukacitanya di maklumkan kepada semua Gundaian, kami (gadis2 4nensei & 2 nensei) yang menetap di Himawari Haitsu ingin menjemput semua warga gundai ke Bilik Terbuka kami sempena sambutan raya yg lepas.

Tarikh : 27 November 2010 (Sabtu)
Masa : Selepas solat Zuhur...
Bilik yang dibuka : 7 号室 ( 女性)
          25号室 (男性)

maaf diatas kelewatan.. walaupon raya dah habis tapi tak bermakna kita tak boleh isi perut dgn pelbagai makanan :p

marilah datang beramai2 memeriahkan suasana ^__^




Khamis, 18 November 2010

oopsss..besday kpika la kelmarin2

15.11.2010

Hepi besday kak pika~
terlambat post gomen ne;)



semoga dipayungi rahmatNYA sokmo2
ceria selalu(^-^)

Selasa, 16 November 2010

Aidiladha Prayer 1431H


To all gundaians, Insyaallah Aidiladha prayer will be held as detailed below.

date : 17 November 2010
place : kaikan hall
time : 6:40 am (start takbir)
7:00 am (start pray)


Hope everyone can gather at kaikan as early as possible before 7:00 am.
Please bring along 'my sejadah' because the floor will be very cold in the morning.
...and to make tomorrow morning much more happier, hope everyone can make and bring some foods or kuihs or kuehs (potluck) for breakfast.
Insyaallah, may ALLAH accept our ibadah and strenghten our iman.





Khamis, 11 November 2010

Birthday SHAMZUBILLAH aka MONO juga

11.11.10


hepi besday mono

hepi2 sokmo

semoga dipermudah segalanya




Happy birthday INTAN SYAZWANI

11.11.10


 hepi besday~

semoga segalanya dipermudahkan
Keep smiling~
Ganbatte~

Isnin, 8 November 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 1431

Assalamualaikum, salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas dan menjemput semua pelajar yang berkelapangan untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan diadakan pada 10 Zulhijjah 1431 (dijangka bersamaan17 November 2010) di Kedutaan Besar Malaysia, Nanpeidai-cho, Shibuya-ku Tokyo. Surat jemputan adalah seperti di lampiran.

2. Aturcara Majlis adalah seperti berikut:

8.30 pagi : Takbir Hari Raya
9.00 pagi : Solat Sunat AidilAdha
9.30 pagi : Jamuan Hari Raya
12.00 tgh : Majlis Tamat

3. Untuk makluman juga, pada tahun ini satu sesi teleconferencing bersama YAB Perdana Menteri & Isteri akan diadakan sejurus majlis tamat iaitu sekitar jam 12.00 tengahari. Sehubungan itu, pelajar yang berminat menyertai sesi teleconferencing ini bolehlah mengemukakan nama kepada saya selewat-lewatnya pada hari Jumaat 12 November 2010 untuk penyelarasan selanjutnya. Sesi ini hanya terhad kepada pelajar yang mendaftar dan dipilih sahaja. Pelajar yang dipilih akan dimaklumkan melalui emel.

Sekian, terima kasih.


Siti Zaharah Omar
Penasihat Pendidikan & Latihan
Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA
Kedutaan Besar Malaysia , Tokyo

Tel : +81-3- 3476 4219 ( Direct Line)
Faks :+81-3-3476 1702
Bimbit : +81-90-4626-4367

Jumaat, 5 November 2010

Tempat berkumpul,masa dan pembahagian kereta Kouyou Ikaho 2010.

Assalamualaikum,
Esok,6 Oktober 2010 kita akan dijadualkan berkumpul di SHODA pada pukul 7.00am.Pembahagian kereta dan penumpang seperti berikut;


Khamis, 4 November 2010

Projek : Kouyou Ikaho 2010

Saya mewakili tantou projek ingin mengumumkan projek kouyou pada tahun ini akan berlangsung pada:

              Tarikh :6hb november
              Tempat : Shibukawa (maklumat lanjut boleh di http://kouyou.yahoo.co.jp/spot/detail/34153.html)


Maklumat selanjutnya akan diupdate oleh encik Syafiq Sri Kabuja

Isnin, 25 Oktober 2010

isu PALESTIN isu KITA


Bismillahirrahmanirrahim..

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.
(Riwayat Bukhari)

***
KERANAMU PALESTINA diari sebuah perjalanan Poster1

Menyelusuri memori perjalanan berdarah para pejuang yang tak gentar seribu gertakan,
Menyelami coretan suka duka pelayaran membawa seribu harapan,
Dalam hujan peluru dan kepungan rejim zionis angkuh menafikan satu perjuangan.

Buat julung kalinya Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) Jepun bersama  Aqsa Syarif membawa anda secara terus menyelami dan menghayati detik-detik pelayaran Mavi Marmara bersama Pengerusi pertubuhan pembelaan Palestin Aqsa Syarif, Ustaz Hasanuddin Mohd Yusuf.
Beliau merupakan salah seorang daripada puluhan aktivis-aktivis Mavi Marmara yang  utuh memperjuangkan misi kemanusiaan LL4G(Lifeline for Gaza). Beliau juga merupakan saksi lagak angkuh rejim laknatullah zionis tatkala kapal yang dinaiki beliau diserang di tengah-tengah perairan antaranbangsa, di mana  sebilangan krew terkorban serta cedera.

Ayuh, selami sendiri
dan hayati perjuangan mereka.
Secara “live” kami bawakan kepada anda

KERANAMU PALESTINA
-diari sebuah perjalanan-
3 November 2010
bertempat di 
PLAZA WEST, SAITAMA

Mendaftarlah di http://palestin.amirnet.org/. Cenderamata berupa produk dari Aqsa Syarif menanti anda bagi sesiapa yang mendaftar.

Selasa, 19 Oktober 2010

LAPORAN SATAY 2010


Assalamualaikum.....


Alhamdulillah pada 16 Oktober yang lalu Majlis Sambutan Hari Raya Gundai(SATAY) telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.Terima kasih kepada semua warga Gundaian kerana telah memberi kerjasama yang sangat baik kepada kami bagi menjayakan majlis yang berjalan dengan ceria dan meriah sekali.Dengan ini saya wakil dari pihak tantou ingin melaporkan belanjawan bagi majlis Satay 2010.Butiran adalah seperti berikut:

BIL

BUTIRAN

NILAI YEN

1

100yen

3150

2

DonkiHotei

10 897

3

CainzHome

778

4

Avance

992

5

Yaoko

894

6

Gunto

7455

7

Ashikaga

1350

8

Gyomu

7487

9

Ayam & Daging

14 100

10

Batricom

3950

11

Claim

3000

JUMLAH

54053













Kami ingin memohon maaf jika ada cacat cela sepanjang majlis diadakan.Dan minta halalkan segala wang yang telah kami gunakan.Jumpa lagi di majlis Satay pada tahun depan.InsyaAllah.Assalamualaikum.

Zamzarina,

PP Satay 2010.

MySpace

















Isnin, 18 Oktober 2010

Status Kewangan

Assalamualaikum..

Saya sbg bendahari Gundai ingin melaporkan kedudukan terkini saham2 Gundaian sekelian.
Sebelum itu, diucapkan tahniah dan terima kasih kpd tantou Majlis Kouyou hari tu. Sedap.
OK, beralih semula kpd tajuk utama kita, berikut merupakan kira-kira bagi suku tahun pertama tahun 2011.

Klik SINI untuk melihat Status Kewangan kita bersama.
UPDATED 1 Mac 2011.

Legends :
O - sudah bayar
-- - tak perlu bayar

Sekian, yang benar.
Bendahari Gigih

P/S : Kalau data salah, bolehlah rujuk balik. Maaf awal2.

Khamis, 14 Oktober 2010

OPEN HOUSE TOBU EXE

Assalamualaikum...

Sebelum tu,masih belum terlambat agaknya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga Gundaian

Kami, penduduk TOBU EXE berbesar hati menjemput seluruh warga gundaian ke open ouse kami. Details adlh spt berikut :

  Tarikh : 15 Okt 2010.
  Masa : selepas maghrib (5:30~)
  Tempat : bilek 105 (onna)
          bilek 106 (otoko)

Kalau ada sesiapa yang mahu membawa rakan atau sebagainya , amat dialu-alukan..
Kpd yg berkenderaan , bolehlah memparkin kenderaan kalian di belakang tobu 
(berhadapan farmasi)

p/s : tuk sbrg pertnyaan sila hubungi mana2 penduduk tobu MySpace


Ahad, 10 Oktober 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI (SATAY)



Assalamualaikum...

Sebelum tu,masih belum terlambat agaknya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga Gundaian..MySpace
Tiba lah masa yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga Gundaian..iaitu Majlis Satay..oyyeaaa!!MySpace

Setelah kami membuat perbincangan,akhirnya kami memutuskan untuk melaksanakan majlis yang gemilang lagi terbilang ini pada tarikh dan masa berikut:

Tarikh : 16 Okt 2010.
Masa : 6:30pm-ketibaan hadirin
7:00pm-majlis BERMULA
Tempat : Dewan Kaikan.
Tema : Baju Raya(Baju Kebangsaan shj.)

Berikut adalah pembahagian tugas untuk setiap batch.(Kalau ada sesiapa yang keliru atau ada sebarang pertanyaan mengenai pembahagian tugas,sila maklumkan kepada kami batch 2nen.MySpace)
1nen : Side dish
2nen : Satay,kuah kacang,mee goreng,nasi impit
3nen : Side dish
4nen : Lontong
Kalau ada sesiapa mahu wang,sila berjumpa dengan Zamzarina.Atau pun boleh claim kemudian.No worry be happyMySpace

NOTA

1.Harap semua warga Gundaian boleh menepati masa seperti yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah.

2.Kalau ada sesiapa yang mahu membawa rakan atau sebagainya,sila maklumkan kepada Pengarah Projek.

3.Bagi julung kalinya,pada tahun ini akan diadakan pertandingan bagi King n Queen..WOW!!MySpace.Jadi,sediakan lah persiapan untuk jadi bertambah SEGAK dan ANGGUN pada malam itu.

4.Sebarang kesulitan sila maklumkan kepada Pengarah Projek.

Sekian,

Zamzarina,
Pembantu PP,.MySpace


(gambar,credit to Yahoo.com)

Isnin, 4 Oktober 2010

Khamis, 23 September 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri Anjuran Pejabat Penasihat Pendidikan Latihan JPA Tokyo bersama KUJ dan MSAJ

Assalammualaikum dan Salam Sejahtara Saudara/Saudari/Tuan/Puan Pelajar yang dikasihi,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk berhubung perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa satu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Anjuran Pejabat Penasihat Pendidikan Latihan, JPA Tokyo bersama KUJ dan MSAJ Kanto akan diadakan seperti butiran berikut:

TARIKH : 3 Oktober 2010 (Ahad)
MASA : 11.00 pagi – 4.00 petang
TEMPAT : #402, 5-17-27, Kamimeguro, Meguro-ku, Tokyo 153-0051
PAKAIAN : Baju Kebangsaan

Sehubungan itu, semua pelajar adalah dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ini. Pelajar yang berminat untuk hadir ke Majlis ini perlu mengemukakan pengesahan kehadiran melalui emel kepada Cik Suraihan binti Rattas (suraihan@hrdtokyo.jp ) selewat-lewatnya 29 September 2010 dengan memberikan butiran seperti berikut:

1. Nama penuh
2. No Telefon
3. Emel
4. Tajaan
5. Nama Universiti
6. Peringkat Pengajian (e.g. Diploma, Ijazah, Masters, PhD)

Sekian,

Muhammad Annizam Mohd Mohtar
Second Secretary
Human Resource Development
(Education and Training)
Embassy of Malaysia
20-16, Nanpeidai-cho
Shibuya-Ku, Tokyo 150-0036

Tel : +81-3- 3476 3840
Fax : +81-3-3476 1702
Emel : annizam@hrdtokyo.jp

Isnin, 6 September 2010

Solat Sunat Dan Sambutan Aidilfitri 1431H Oleh Kedutaan Malaysia,Tokyo



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Berhubung perkara di atas, sukacita dimaklumkan Kedutaan Besar Malaysia Tokyo akan mengadakan Solat Sunat Aidilfitri pada 1 Syawal 1431H yang diramalkan pada hari Jumaat 10 September 2010. Memandangkan tarikh Hari Raya di Jepun adalah berdasarkan tarikh Hari Raya di Malaysia, semakan tarikh sebenar Hari Raya Aidilfitri boleh dibuat di mana-mana akhbar 'online' seperti BERNAMA, Utusan Malaysia dan Berita Harian yang akan membuat liputan sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia pada hari Rabu 8 September 2010, sekitar jam 8.00 malam waktu Malaysia.

Surat jemputan dan butiran Majlis adalah seperti di lampiran. Mohon juga dihebahkan makluman ini kepada rakan-rakan warga Malaysia di tempat masing-masing.

Memandangkan saya perlu bertugas di Sapporo, Hokkaido pada 9 dan 10 September 2010, dan tidak dapat berjumpa dengan saudara/i pelajar yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kedutaan kelak, maka saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pelajar Malaysia di Jepun. Kepada pelajar yang telah selamat sampai di Malaysia, selamat menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta! Kepada pelajar yang sekali lagi atau kali pertama akan menyambut Aidilfitri di perantauan, janganlah bersedih. Anggaplah ianya satu pengalaman berharga yang mana tidak semua orang dapat merasainya.

Akhir sekali,

Mulut kadang salah berucap...
Mata kadang salah melihat...
Hati kadang salah menduga...
Maafkan segala kesilapan dan kekurangan yang pasti ada!

Salam ingatan tulus ikhlas daripada kami warga kerja Pejabat Penasihat Pendidikan & Latihan, JPA Tokyo serta Pegawai & Kakitangan Kedutaan Besar Malaysia Tokyo.

Siti Zaharah Omar
Penasihat Pendidikan & Latihan
Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA
Kedutaan Besar Malaysia , Tokyo

Tel : +81-3- 3476 4219 ( Direct Line)
Faks :+81-3-3476 1702
Bimbit : +81-90-4626-4367

Selasa, 24 Ogos 2010

Perkhidmatan Kaunseling Pelajar Tajaan JPA di Luar Negara


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Saudara/i Pelajar yang dikasihi,

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk berhubung perkara di atas.

Untuk makluman Saudara/i pelajar sekalian, Bahagian Pengurusan Psikologi (BPPs), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah melancarkan Facebook yang disediakan khas untuk berhubung dengan pelajar tajaan di luar negara. Alamat Facebook tersebut adalah seperti berikut:

http://www.facebook.com/psikologi.jpa

Laman Facebook ini dilancarkan bertujuan untuk memudahkan pelajar mendapatkan perkhidmatan kaunseling sekiranya perlu. Sehubungan itu juga, pihak BPPs telah mengadakan penjadualan sesi di antara pelajar dan pegawai psikologi secara maya (online) pada 3 hari dalam seminggu seperti berikut:

Isnin: 10am-12tgh (Waktu Malaysia)
Rabu: 2pm-4pm (Waktu Malaysia)
Jumaat: 10am-12tgh (waktu Malaysia)

Oleh itu, Pejabat ini berharap Saudara/i pelajar dapat mengambil kesempatan ini dengan melayari laman web seperti yang dinyatakan di atas dan berhubung dengan pihak JPA sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling.

Sekian,

Muhammad Annizam Mohd Mohtar
Second Secretary
Human Resource Development
(Education and Training)
Embassy of Malaysia
20-16, Nanpeidai-cho
Shibuya-Ku, Tokyo 150-0036

Tel : +81-3- 3476 3840
Fax : +81-3-3476 1702
Emel : annizam@hrdtokyo.jp

Jumaat, 23 Julai 2010

Laporan Projek BBQ

Alhamdulilah, pada 8 Mei yang lalu, projek bbq untuk tahun 2010 dengan jayanya telah dapat dilaksanakan.Ribuan terima kasih diucapkan kepada warga Gundai sekalian kerana telah memberikan kerjasama yang padu untuk menjayakan projek bbq ini. Walaupun tidaklah semeriah mana,dan makanan pun tidaklah sesedap mana,diharapkan semua pihak berpuas hati dengan projek bbq tahun ini.

1. Berikut adalah penyata kewangan untuk projek bbq tahun 2010.



Bil.

Perkara

Duit digunakan ()

1

Fressay(mee+jajan+air+ satay)

14433

2

Kojima(buah-buahan)

1492

3

Ayam & Daging

15999

4

Brg-brg bbq

15944

5

Duit minyak kereta

12132

Jumlah keseluruhan

60000


2. Disini juga,kami ingin megambil kesempatan memohan maaf diatas sebarang kekeliruan ataupun permasalahan yang timbul sepanjang projek ini dilaksanakan.Diharapkan juga duit yang telah kami gunakan untuk menjayakan projek ini dihalalkn semua.

SEKIAN TERIMA KASIH.WASALAM


Wan

Pengarah Projek BBQ 2010

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...