Assalamualaikum, salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas dan menjemput semua pelajar yang berkelapangan untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan diadakan pada 10 Zulhijjah 1431 (dijangka bersamaan17 November 2010) di Kedutaan Besar Malaysia, Nanpeidai-cho, Shibuya-ku Tokyo. Surat jemputan adalah seperti di lampiran.
2. Aturcara Majlis adalah seperti berikut:
8.30 pagi : Takbir Hari Raya9.00 pagi : Solat Sunat AidilAdha9.30 pagi : Jamuan Hari Raya12.00 tgh : Majlis Tamat
3. Untuk makluman juga, pada tahun ini satu sesi teleconferencing bersama YAB Perdana Menteri & Isteri akan diadakan sejurus majlis tamat iaitu sekitar jam 12.00 tengahari. Sehubungan itu, pelajar yang berminat menyertai sesi teleconferencing ini bolehlah mengemukakan nama kepada saya selewat-lewatnya pada hari Jumaat 12 November 2010 untuk penyelarasan selanjutnya. Sesi ini hanya terhad kepada pelajar yang mendaftar dan dipilih sahaja. Pelajar yang dipilih akan dimaklumkan melalui emel.
Sekian, terima kasih.
Siti Zaharah Omar
Penasihat Pendidikan & Latihan
Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA
Kedutaan Besar Malaysia , Tokyo
Tel : +81-3- 3476 4219 ( Direct Line)Faks :+81-3-3476 1702Bimbit : +81-90-4626-4367
Tiada ulasan:
Catat Ulasan