Ahad, 9 Oktober 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA SATE 2011

Assalamualaikum...

Sebelum tu,masih belum terlambat agaknya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga Gundaian..MySpace
Tiba lah masa yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga Gundaian..iaitu Majlis Satay..oyyeaaa!!MySpace

Setelah memikirkan pros dan cons, kami memutuskan untuk mengadakan majlis sate ini pada tarikh, masa dan tempat berikut ;

Tarikh : 9HB OKTOBER 2011
Tempat : On the way ke Umeda, bawah jambatan sebelah kanan selepas melepasi damu dan terowong.

Mengenai perjalanan majlis ;

12.00 tghari : Berkumpul di Howaito Ko-po
12.30 tghari : Bergerak ke Umeda
12.45 tgahri : Sampai
1.00 tghari : Majlis bermula

Mengenai susunan kereta adalah seperti berikut ;

Viveo
-Berg (driver)
-Kak mimi

Vitz
-Abang Zaid dan keluarga tercinta

Minica
-Mamu (driver)
-Mimi 4nen
-Sapek
-Ctek

Caldina
-Kak kirei (driver)
-Apek n the geng (4 orang)

Wagon R
-Ido (driver)
-Intan Syazwani
-Fiza Humaira
-Izwan Haziq

Odyssey
-Abg sham (driver)
-Ariff Yasir
-Maisarah
-Sally
-Mewy
-Ain

Stream
-Alep (driver)
-Pja
-Fin
-Zatiey
-Shak
-Kak sarah

MPV
-Zureq (driver)
-Ferry
-Sherry
-Amal
-Doink
-Kawan Doink

Carol
-Topek (driver)
-Zamzarina
-Pika
-An

p/s : RAIZ, ALIAS, ADDIN, LAI & AIMAN akan bertolak ke Umeda awal pagi utk menguruskan persiapan majlis etc. (Yoroshiku!)

Disini diharap agar semua yg hadir ke majlis yang gemilang lagi terbilang ini akan memakai baju raya (baju kebangsaan sahaja) masing2 yg mantap2. kerana kami mengadakan pertandingan BAJU RAYA PALING "LIPLAP". jadi jangan lupa utk me-liplap-kan diri anda esok supaya boleh dapat hadiah yang liplap jugak dari kami :D

Disini juga, kami pihak tantou amat2 memohon maaf atas kelambatan kami memutuskan keputusan dan lain2segala kesulitan dan masalah2 yang timbul sepanjang kami menguruskan projek sate tahun ini. >.< Minta maaf jika kami ada menyusahkan warga Malaysian Gunma. Segala pertolongan, bantuan dan sokongan yang kami terima dari anda sekalian sangatlah kami hargai. Lagi sekali, kami sangat2 memohon maaf atas segala kesulitan yg timbul sama ada sengaja atau tidak disengajakan. >.<

Jika ada apa2 masalah atau pertanyaan boleh rujuk terus pada saya atau Aliff Yusri. :)

Semoga perjalanan majlis sate tahun ini bergerak lancar aminnnn. :)

3 ulasan:

  1. Otsukaresamadeshita kpd tantou & yg terlibat menjayakan projek satay kali ni.Kpd yg tdo lambat demi membakar lemang, melapah ayam & cucuk satay, jasa anda sume sgt dihargai. Disini ingin disampaikn beberapa teguran ikhlas buat SEMUA ahli gundaian. Tp sblm tu nk minta maaf la kalo2 teguran kat bwh ni mengguriskn hati sesetengah pihak.

    1)Pengurusan masa - memandangkan kita ni duduk kat jepun, maka wajarlah kita mengamalkn janji jepun bukan janji melayu. Kalo boleh janji melayu tu jgn amalkan kat mana2 pun. Diperhatikan ramai diantara kita(bukan semua la) amat lemah dlm bab menepati masa. Kalo dlm tentatif projek tu tulis BERTOLAK pukul 9, selalu nye 1jam lepas tu baru bertolak. Sepatutnya pukul 9 la BERTOLAK bukan pukul 9 baru nak mandi or nak bersiap. Tak baik kn buat org yg menepati masa tu tggu kita. Terutama family yg ada anak2 kecil. Sian derang tggu lama. Budak kecik pun boleh siap awal, kenapa tidak kita semua? Kalo takut nebou ke, pesan kat kwn2 se-apato utk kejutkn.

    2)Konsep tantou - mmg kita suma sedia maklum setiap projek tu diberikn 2 org tantou tuk mengurus projek. Tapi sebenarnya yg bertanggungjawab terhadap projek tu adalah pelajar 1batch kpd tantou tersebut. Cthnya projek hanami, mmg tiap tahun pelajar 2nensei akn bertanggungjwb mengurus projek tu. Even tantou die si A & si B, tapi sepatutnya semua pelajar 2nensei perlu duduk berbincang mcm mana nk uruskan projek tu. Jangan biarkan 2 org tantou tersebut menanggung sume keje2 tu. Harap2 bagi projek seterusnya tiap batch boleh bekerjasama menjalankan projek.

    3)Yang terakhir ini adalah pesanan buat kohaitachi yg bakal mentantou projek2 gundai pada masa akn dtg. Kalo boleh tiap kali dtg event2 gundai, perhatikan bagaimana senpai uruskan projek tu. Sambil2 bergembira tu tgk la apa yg diperlukan pada tiap event supaya nanti bila ditantoukan event tersebut pd anda, anda tahu apa yg anda perlu buat, beli, yoyaku, dan sebagainya.Kalo xtahu jgn segan silu tny senpai, tapi kalo boleh jgn terlalu bergantung pd senpai. Belajar berdikari.

    Sekian sahaja teguran ikhlas buat semua termasuk diri sendiri. Sorry kalo ada yg terasa hati. Tapi harap semua amek pengajaran drpd teguran di atas.

    BalasPadam
  2. oskares minna..(=
    saye pon ade sikit nak cakap..
    1)tentang barangan yang dibeli untuk projek..bukan saye sorg tapi ramai yang memerhatikan barang yang dibeli mahal..mungkin disebabkan barang yang dibeli telah dibeli di tempat2 yang agak eksklusif..sepatutnya beli la dikedai 100 yen toka..xpon survey harge yg paling murah..save budget supaya x terlebih budget seperti yg telah diberikan drpd bendahari..sebab ade projek sebelum ni,yang telah mengadu banyak makanan lebih la,ape la..budget mahal la..so, kalau bole pasni kene pandai2 berbelanja...kalau bende yang rse2 cam iranai baek xyah beli kot eh..

    2)macam komen senpai kat atas,sikap terlalu bergantung kepada senpai atau org lain ni,kene la same2 ubah..sebab kalau kte asyik bgntung kat orang,lame2 kite xtau pape.kalau xtau,try cube..ajak rakan satu batch buat same2.klo xtry mne nak tahu kan.

    pape pun,kesilapan mdewasakan kite.tetapi bgntung kepada kite same ade nak ambil pengalaman itu sebagai pengajaran ataupun tidak.hehe.

    BalasPadam
  3. berbanding dengan tahun2 lepas, JEJAKA di kiryu sangatlah ramai, disebabkan itu jejaka sahaja yg setelkan potong, perap, cucuk sate. 20kg kan sumanya? Pada pendapat aku, next time boleh je jelitawan2 tolong sekali sebab jejaka da tak ramai macam dulu2.. hari tu dengar2 tetamu plak yg pegi cucuk2 sate. masa muda ni rajin-rajinlah guna tenaga yang ada, jangan kedekut guna tenaga yang ada, masa ni je yang ada untuk aktif2 jadi orang muda.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...