Rabu, 4 April 2012

LAPORAN KAM(KIRYU ANNUAL MEETING) 2012/2013

Assalamualaikum w.b.t warga gundai sekalian..

Selepas hampir sebulan bercuti semoga anda lebih bersemangat untuk meneruskan persekolahan yang akan datang. Kepada kohai 1nen selamat datang ke Gunma. Tidak lupa juga kepada kohai 2nen dan kawan-kawan baru dari kosen selamat datang ke Bandar metropolitan Kiryu. Jika ada apa-apa masalah jangan segan untuk bertanya:)

Alhamdulillah pada tanggal 3 April 2012 bertempat di White Corp 2 bilik 201(rumah pja) kita telah mengadakan mesyuarat untuk Organisasi Gundai sesi 2012/2013. Ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Jawatankuasa sesi 2011/2012 kerana telah berusaha sebaiknya melaksanakan tugas masing-masing dengan jayanya.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2012/2013

PRESIDEN : Shamzubillah Bin Mustafa

NAIB PRESIDEN : Afiqah Binti Janudin

SETIAUSAHA : Nur Izatie Binti Halim

BENDAHARI : Ariff Aiman Bin Mohd Ariffin

AJK SURAU : Nur Addin Bin Ibrahim & Mohamad Alias Bin Osman

AJK AKADEMIK : Muhammad Idham Bin Aisha

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Berikut adalah senarai projek & pengarah bertugas bagi setiap projek (tarikh & tempat projek masih belum lagi dibincangkan).

1)HANAMI(歓迎会)

Pengarah : Nurfareizea Binti Zulkafli & Muhamad Ridzuan

2)BBQ

Pengarah : Muhammad Raiz Bin Mohamad Zaki & Nurfarahin Binti Amir Adli

3)NATSU

Pengarah : Ahmad Ridzuan Bin Ishak & Maryam Husna Binti Yahya

4)SATAY

Pengarah : Ariff Aiman Bin Mohd Ariffin & Nur Syazura Binti Mokhtar

5)GAKUENSAI

Pengarah : Mohamad Aliff Bin Mohd Yusri & Maisarah Binti Abdul Razak

6)KOUYOU

Pengarah : Mohamad Afiq Bin Awi & Nur Hafizah Binti Khusni

7)SOUBETSUKAI

Pengarah : Nazih Bin Ismail@Nawang & Nur Izatie Binti Halim

8)JERSEY

Pengarah : Muhammad Raiz Bin Mohamad Zaki & Ariff Yasir Bin Zulkafli

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah-masalah & cadangan yang dibincangkan

1)Penggunaan pinggan kertas

Beli pinggan plastik dan simpan di surau untuk menggantikan penggunaan pinggan kertas. Dengan ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan kos sekaligus dapat memelihara alam sekitar.

2)Sewa surau shoda mahal

Disebabkan masalah-masalah tertentu surau telah dipindahkan ke apato sebelah yang lebih selesa tetapi sewa telah menjadi sedikit mahal.

Langkah yang dibincangkan: mulai sekarang seperti yang dipersetujui untuk yuran surau 1500yen sebulan. 1200yen digunakan untuk sewa surau dan selebihnya dikumpulkan untuk dana beli tanah dan rumah untuk dijadikan surau(masjid). Selain itu, harga barang-barang di surau akan naik sedikit untuk dana tersebut.

3)Pengarah projek perlu lebih tepat dari segi bajet.

Bajet untuk projek perlu rujuk projek semasa bukan projek sebelumnya untuk mengelakkan sebarang masalah berkaitan dengan bajet .

4)Laporan projek di blog gundai.net

Setiap pengarah projek hendaklah membuat laporan selepas menjayakan sesuatu projek untuk dijadikan rujukan dan dapat memudahkan semua pihak.

5)Utamakan pelajaran

Tujuan sebenar untuk mengadakan projek-projek ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga gundai. Kepada pengarah projek yang akan memikul tanggungjawab diharap tidak akan membebankan dan utamakan pelajaran.

6)Variasikan tempat projek

Memandangkan di jepun malah berdekatan dengan Gunma juga banyak tempat-tempat menarik, untuk projek-projek yang akan datang pilih tempat yang menarik baru untuk kelainan.

7)Hubungan antara warga gundai

Sebagai warga gundai yang hidup berlokaliti kita perlu saling bertegur sapa dan jaga antara satu sama lain supaya tidak rasa terasing dan terus berjaya bersama.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah dibincangkan yuran-yuran adalah seperti berikut:

1) Yuran Tahunan : 10,000yen(sama seperti tahun lepas)

2) Yuran Surau : 1,500yen sebulan/18,000yen setahun(untuk penduduk kiryu sahaja.)

Yuran hendaklah dibayar kepada bendahari dgn segera untuk mengelakkan sebarang masalah dan supaya projek dpt berjalan dengan lancar.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhir sekali,semoga projek tahun ini berjalan lebih lancar dan lebih meriah dengan kehadiran warga gundai yang baru.

Sebarang pertanyaan boleh la kontek ajk ye..:)

p/s: terima kasih kpd tuan rumah dpt meminjamkan rumah untuk meeting & sume warga gundai yang hadir;))

Laporan oleh:

Nur Izatie Binti Halim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...