Ahad, 20 Mei 2012

Belanjawan Ibaraki Taikai


Assalamualaikum gundaian sekalian.

Seperti yang sedia maklum, penyertaan untuk Ibaraki Taikai yang lalu adalah seramai 32orang.
15 lelaki dan 17 perempuan.
(Tidak termasuk family yang mempunyai anak-anak)

Berikut merupakan perbelanjaan yang digunakan.
Makanan
¥5,768
Minyak Kenderaan
¥22,000
Sewa Hiace
¥35,000
Total
¥62,768

Dan ini pula tambahan perbelanjaan untuk kaum lelaki.
Bento lunch
¥7,500
Yuran
¥6,500
Total
¥14,000

Setelah ditambah tolak darab bahagi :
Perempuan – Yen 1,960/
Lelaki – Yen 2,900/

Bayaran boleh dilakukan kepada Shamzubillah ataupun Afiqah.
Kepada yang pulang secara berasingan pada hari tersebut, bayaran yang sama dikenakan seperti diatas.
Kami mengharapkan kerja yang pantas dan cantik daripada anda semua untuk membuat pembayaran secepat mungkin. J

Semoga Taikai mendatang, team Kiryu SC semakin maju ke hadapan.
Majulah sukan untuk Kiryu Metropolitan.

Rabu, 9 Mei 2012

Laporan Projek BBQ 2012

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah selesai juga projek BBQ 2012 kita pada 29 April yg lalu.Walaupun banyak masalah2 yg tak dijangka berlaku dan tragedi2 keterlupaan barang2 yg melanda, mahupun kekurangan bahan2 makanan pada hari projek, namun syukur semua warga gundai bertindak tenang.Hasilnya, projek pun berjalan lancar.Sehubungan dengan hal itu, kami pihak tantou ingin menyusun jari tangan kaki memohon ampun maaf atas kekurangan dan dlm masa yg sama mengucapkan ribuan terimakaseh atas bantuan kalian semasa projek dijalankan.

Berikut merupakan jumlah perbelanjaan yg dibelanjakan :

Perbelanjaan Jumlah
Ayam+Daging+Kambing+Sosej 15760
Barang2 mee 6004
Barang2 BBQ 15392
Lain2 6967
Minyak kenderaan 14000
JUMLAH BERSIH 58123

Untuk projek ini kami telah menggunakan sebanyak 12kg ayam, 5kg daging, 2kg kambing dan 4 paket sosej.Namun dengan penambahan bilangan warga gundai tahun ini kelihatan macam jumlah yg kami sediakan tidak berapa mencukupi.Tantou next year maybe boleh kasik up lagi jumlah bahan2 BBQ untuk kegembiraan semua pihak ye.

Berikut pula senarai kehadiran warga gundai ke projek BBQ:

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Master/ Phd / Tetamu
Sharp Aiman Raiz Sham Intan&Ido
Izat Lai Alep Arep Sarah
Nikku Jia Alias Mamu Addin
Nae Zureq Idham Zam Abg Zaid sekeluarga
Natrah Shera Nazih Mai Tungtung sekeluarga

Amal Afiq Mewy Bujin sekeluarga


Fin Siti Kwn Sham


Pja Ain Kwn Mewy


Zatiey Ann



Fiqa








JUMLAH 49 orang

Ribuan terima kasih atas kehadiran anda bagi memeriahkan projek BBQ tahun ni.Kami sekali lagi memohon maaf atas kekurangan yg berlaku.minta halalkan segala duit yg digunakan jugak.Kepada sesiapa yg ade terambil ataupun dalam kereta dia still ada menyimpan brg2 BBQ aritu bolehlah pulangkan kepada pemiliknya.

Nak terimakaseh jugak skali lagi kpd pihak2 yg terlibat memerah keringat memerap dan membakar aym&daging, yang berganding bahu tolong masak mee skali arituh dan tak dilupakan yang tolong2 kemas :)

Terimakaseh daun keladi tahun depan jumpa lagi.Sekian

P/S: haa lupe nak tulis, pasal duit minyak kete tu boleh claim pada Aiman.2000yen utk Odyssey, Stream, MPV dgn Wagon.1500yen utk Vitz dgn Fit.pastu 1000 utk Subaru.

Isnin, 7 Mei 2012

Laporan Projek Hanami/Kangeikai 2012

Assalamualaikum w.b.t buat semua warga Malaysian Gundai.

Sebelum kapal melabuhkan layarnya, sebelum bicara laporan kami dibuka, pihak tantou ingin menyusun sepuluh jari tangan memohon seribu kemaafan diatas kelewatan menghantar laporan projek atas sebab-sebab teknikal yang hampir tidak dapat dielakkan.

Alhamdulillah, dengan limpah dan kurniaNya kita semua masih berpeluang merasai musim bunga tahun ini lantas sama-sama dapat berkumpul mengukuhkan ukhwah dalam kalangan Malaysian Gundai.

Berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya, Projek Hanami tahun ini telah diadakan di Kezoji Park, Isesaki. Namun agak menyedihkan buat semua kerana sakura masih belum kembang sepenuhnya ketika projek ini dilangsungkan. Buat yang hampa, cuba lagi tahun hadapan.

Tanggal 8 April 2012 menjadi saksi perkenalan kita dengan ahl-ahli baru yang terdiri daripada pelajar Tahun Satu dan pelajar Tahun 3 yang meneruskan pengajian di Universiti Gunma bermula April lalu. Selamat datang kami ucapkan, moga ukhwah yang terbina kekal selamanya insyaAllah.

Berikut dibentangkan kewangan yang telah digunakan sepanjang projek.

Perkara

Kos(JPY)

Pengangkutan(Kos Minyak Kereta)

7000

Makanan dan Minuman

11592

Jumlah

18592

Berikut pula senarai hadirin yang menghadiri projek kali ini.

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Master/PhD dan Tetamu

1. Nik Aizat

2. Izzat

3. Azerulnae

4. Shafiq

5. Natrah

1. Ridzuan

2. Aiman

3. Fareizea

4. Amalina

5. Shahirah

6. Syazura

1. Aliff

2. Raiz

3. Alias

4. Afiq

5. Nazih

6. Idham

7. Izatiey

8. Farahin

9. Hafizah

1. Shamzubillah

2. Ariff Yasir

3. Ahmad

4. Zam Zarina

5. Maisarah

6. Ain Wahidah

7. Siti

8. Fareeza

9. Afiqah

10. Nurana

11. Nurfarhana

1. Sarah

2. Nur Addin

3. Syafiqah dan Suami

4. Nurrina dan Suami

5. En. Zulfakri sekeluarga

6. En. Zaid sekeluarga

7. En. Shaiful Nizam sekeluarga

8. En Ramli dan Isteri

Jumlah= 52 orang

Jutaan terima kasih kami ucapkan kerana sudi menghadirkan diri ke projek kami ini. Kami pihak tantou memohon maaf sekiranya sepanjang projek ini ada berlaku kesilapan dan terkasar bahasa. Semua itu adalah datang dari kelemahan diri kami sendiri sebagai manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Semoga kelemahan di projek kali ini dijadikan batu pengukur dan dijadikan pengajaran supaya projek-projek akan datang dapat dijayakan dengan lebih baik.

Akhir kata dari kami, jika terdapat sebarang komen atau aduan mengenai projek ini, diharapkan tidak segan silu untuk mencatatnya di ruangan komen di bawah atau terus kepada pihak tantou.

Sekian, terima kasih.








Rabu, 2 Mei 2012

Ibaraki Taikai. Go go Gundai!

Assalamualaikum.

Berikut merupakan maklumat penting untuk perjalanan esok pagi.

Tarikh : 3hb Mei 2012 (esok haa)
Masa berkumpul : 3:30 pagi (4:00 pagi gerak truih, lambat naik densha)
Tempat berkumpul : White kopo yang terus gah dimamah cuaca dunia

Ini pula susunan kereta.


Mazda MPV Alphard Odisi Stream
Mono Mamu Mewy Fiqa
Kawan Mono Addin Mai Raiz
Zureq Idham Aisha Zam Alep
Amal Afiq Cici Alias
Fareizea Lai Intan Pjapau
Shahirah Aiman Kak Sarah Izatiey
Nikku Musliha Finn
Izzat  
Sharp  
Nae  



Oleh kerana esok diramalkan hujan, diingatkan untuk membawa payung masing-masing.
Kalau tidak mahu, boleh main air hujan nanti.

Juga diingatkan untuk membawa \500 untuk duit bento dan diberikan kepada Afiqah pada hari esok.
Pemain dan penyokong, tiada kompromi, semua diwajibkan bayar \500. 

Kepada pemilik kenderaan, diingatkan untuk mengisi penuh minyak kenderaan masing-masing.

Oh ya, kepada yang tertanya-tanya, keluarga bertolak asing daripada senarai di atas.
Kak Rina dan suami gerak sekali bersama Abg Zaid & Fam.

Tidak lupa kepada driver dan pemain, tidurlah awal malam ini.
Tips kepada sesiapa yang tidak boleh tidur:
1. Baca buku teks sejarah
2. Baca buku teks yang dalam bahasa jepun
3. Pasang bunyi air sungai atau laut
4. Minum air susu panas segelas
5. Ambil air sembahyang dan berdoa la agar boleh tidur
6. Tak tahu nak merepek apa
(1 dan 2 daripada otai gundai)

Sekian untuk kali ini.
Diharap semua pihak dapat memberikan kerjasama yang baik.
Dan bagi sesiapa yang belum solat Isyak, berdoa lah lebih sedikit supaya team Gundai boleh menang. 
Amin ya Rab.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...