Isnin, 7 Mei 2012

Laporan Projek Hanami/Kangeikai 2012

Assalamualaikum w.b.t buat semua warga Malaysian Gundai.

Sebelum kapal melabuhkan layarnya, sebelum bicara laporan kami dibuka, pihak tantou ingin menyusun sepuluh jari tangan memohon seribu kemaafan diatas kelewatan menghantar laporan projek atas sebab-sebab teknikal yang hampir tidak dapat dielakkan.

Alhamdulillah, dengan limpah dan kurniaNya kita semua masih berpeluang merasai musim bunga tahun ini lantas sama-sama dapat berkumpul mengukuhkan ukhwah dalam kalangan Malaysian Gundai.

Berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya, Projek Hanami tahun ini telah diadakan di Kezoji Park, Isesaki. Namun agak menyedihkan buat semua kerana sakura masih belum kembang sepenuhnya ketika projek ini dilangsungkan. Buat yang hampa, cuba lagi tahun hadapan.

Tanggal 8 April 2012 menjadi saksi perkenalan kita dengan ahl-ahli baru yang terdiri daripada pelajar Tahun Satu dan pelajar Tahun 3 yang meneruskan pengajian di Universiti Gunma bermula April lalu. Selamat datang kami ucapkan, moga ukhwah yang terbina kekal selamanya insyaAllah.

Berikut dibentangkan kewangan yang telah digunakan sepanjang projek.

Perkara

Kos(JPY)

Pengangkutan(Kos Minyak Kereta)

7000

Makanan dan Minuman

11592

Jumlah

18592

Berikut pula senarai hadirin yang menghadiri projek kali ini.

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Master/PhD dan Tetamu

1. Nik Aizat

2. Izzat

3. Azerulnae

4. Shafiq

5. Natrah

1. Ridzuan

2. Aiman

3. Fareizea

4. Amalina

5. Shahirah

6. Syazura

1. Aliff

2. Raiz

3. Alias

4. Afiq

5. Nazih

6. Idham

7. Izatiey

8. Farahin

9. Hafizah

1. Shamzubillah

2. Ariff Yasir

3. Ahmad

4. Zam Zarina

5. Maisarah

6. Ain Wahidah

7. Siti

8. Fareeza

9. Afiqah

10. Nurana

11. Nurfarhana

1. Sarah

2. Nur Addin

3. Syafiqah dan Suami

4. Nurrina dan Suami

5. En. Zulfakri sekeluarga

6. En. Zaid sekeluarga

7. En. Shaiful Nizam sekeluarga

8. En Ramli dan Isteri

Jumlah= 52 orang

Jutaan terima kasih kami ucapkan kerana sudi menghadirkan diri ke projek kami ini. Kami pihak tantou memohon maaf sekiranya sepanjang projek ini ada berlaku kesilapan dan terkasar bahasa. Semua itu adalah datang dari kelemahan diri kami sendiri sebagai manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Semoga kelemahan di projek kali ini dijadikan batu pengukur dan dijadikan pengajaran supaya projek-projek akan datang dapat dijayakan dengan lebih baik.

Akhir kata dari kami, jika terdapat sebarang komen atau aduan mengenai projek ini, diharapkan tidak segan silu untuk mencatatnya di ruangan komen di bawah atau terus kepada pihak tantou.

Sekian, terima kasih.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...