Rabu, 15 April 2015

LAPORAN SOUBETSUKAI 2015



         Seperti tahun-tahun yang lalu, majlis perpisahan atau lebih dikenali sebagai Soubetsukai telah diadakan pada 31 Januari 2015 bertempat di 国際交流会館ホール. Majlis penuh gilang-gemilang ini telah dihadiri oleh 45 orang termasuk tetamu luar. Menu yang dihidangkan pada hari tersebut ialah nasi ayam. Bertemakan GOLD dan 就活, majlis kali ini diadakan bertujuan meraikan para graduat yang bakal menghabiskan pengajian di Gunma University. Pengajian termasuk di peringkat Ijazah, Sarjana dan Doktor.
Sebanyak ¥51475 digunakan daripada kutipan tahunan komuniti. Wang telah digunakan untuk membeli bahan-bahan nasi ayam, hiasan, hadiah cabutan bertuah, hadiah putera dan puteri dan cenderahati khas buat para graduat. Majlis dimulakan pada jam 7.30 malam dan diakhiri pada jam 11.00malam.
Pihak penganjur sangat berterima kasih kepada yang menghulur bantuan secara langsung dan tidak langsung dari awal persiapan hinggalah ke momen akhir. Tanpa penglibatan saudara saudari semua maka majlis ini pasti tidak akan berjaya. Moga Allah permudahkan urusan kalian.
Kepada para graduat, terima kasih untuk masa-masa kita bersama, ingatilah kami disini. Terus sukses dalam kerjaya. また会いましょう!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...