Selasa, 19 April 2016
LAPORAN PROGRAM 紅葉 2015
Pengelola program: MUHAMAD SHAFIQ BIN OTHMAN
MOHD AZERULNAE BIN MAT JUSOH
Tarikh: 14/11/2015
Tempat: Shenberque 303 & 603
Menu: Mee goreng & ayam goreng berempah
Jumlah kos keseluruhan: \15,505
Kehadiran ahli: 36 orang
Kehadiran tetamu luar: 5 orang
Setelah membuat undian di Facebook Malaysian Gunma, majoriti ahli bersetuju untuk mengadakan program di Nagatoro, Saitama. Program yang dijadualkan pada 14hb November bermula jam 8.30pagi bagaimanapun telah ditukar kepada jamuan keramaian ahli kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan iaitu hujan sepanjang hari. Pecahan butiran bajet dan kos program adalah seperti di bawah:
Bahan masakan: \11,205
Pengangkutan: \2300
Lain-lain (utiliti): \2000
Jumlah keseluruhan: \15,505
Diharap program tahun depan dan tahun berikutnya berjalan dengan lancar. Pesanan buat pengelola akan datang, masa sesuai untuk mengadakan 紅葉 adalah minggu akhir Oktober dan minggu pertama November. Rancanglah sebaik mungkin. Kita yang merancang, Dia takdirkan yang terbaik untuk kita.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada kami. Akhir kata, kami ingin meminta maaf atas sebarang kekhilafan sepanjang program diadakan.
Sekian.
Yang menurut perintah,
Mohd Azerulnae bin Mat Jusoh
Kejuruteraan Biokimia dan Kimia
Universiti Gunma
Raya Haji 2015
LAPORAN RAYA HAJI 2015
Pengelola :FAREEZ BIN AHMAD MUHAMMAD ANWAR BIN MOHD YUSOF
TARIKH :24 OKTOBER 2015
TEMPAT :SHENBERQUE 301 & 303
MENU :SATAY, LAKSA & NASI TOMATO
JUMLAH KOS KESELURUHAN :18549¥
KEHADIRAN AHLI :35 ORANG
KEHADIRAN TETAMU LUAR :TIADA
Hasil daripada bancian melalui kumpulan Malaysian Gunma dalam laman social Facebook, majoriti ahli bersetuju untuk mengadakan Program Raya Haji 2015 pada 24 Oktober 2015. Oleh kerana dewan di kaikan masih lagi tidak boleh ditempah atas sebab renovasi, Program Raya Haji tahun ini telah diadakan di penginapan pelajar Tahun 2 di Shenberque 301 bagi pelajar wanita dan di Shenberque 303 bagi pelajar lelaki. Berikut adalah butiran bajet dan kos bagi program tersebut.
Bahan masakan : 15549¥
Pengangkutan : 1000¥
Utiliti : 2000¥
Jumlah Keseluruhan : 18549¥
Program ini telah berjalan lancar. Namun begitu, diharapkan untuk tahun-tahun yang akan dating program ini akan diadakan dengan lebih lancar dan sempurna. Pesanan untuk pengelola yang bertuah pada tahun-tahun akan datang, sila rancang program lebih awal agar lebih banyak aktiviti dapat dijalankan selain makan sahaja.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak pengelola. Jasa anda semua akan kami kenang sehingga tua. Akhir kata, kami di pihak pengelola ingin meminta maaf jika ada sebarang kekurangan atau kesilapan sepanjang program berjalan.
Sekian.
Yang menulis,
Muhammad Anwar bin Mohd Yusof
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Gunma
Langgan:
Catatan (Atom)