Selasa, 19 April 2016

Raya Haji 2015

LAPORAN RAYA HAJI 2015 Pengelola :​FAREEZ BIN AHMAD MUHAMMAD ANWAR BIN MOHD YUSOF TARIKH :​24 OKTOBER 2015 TEMPAT :​SHENBERQUE 301 & 303 MENU :​​SATAY, LAKSA & NASI TOMATO JUMLAH KOS KESELURUHAN :​18549¥ KEHADIRAN AHLI :​35 ORANG KEHADIRAN TETAMU LUAR :​TIADA Hasil daripada bancian melalui kumpulan Malaysian Gunma dalam laman social Facebook, majoriti ahli bersetuju untuk mengadakan Program Raya Haji 2015 pada 24 Oktober 2015. Oleh kerana dewan di kaikan masih lagi tidak boleh ditempah atas sebab renovasi, Program Raya Haji tahun ini telah diadakan di penginapan pelajar Tahun 2 di Shenberque 301 bagi pelajar wanita dan di Shenberque 303 bagi pelajar lelaki. Berikut adalah butiran bajet dan kos bagi program tersebut. Bahan masakan : ​15549¥ Pengangkutan :​ ​1000¥ Utiliti : ​​​2000¥ Jumlah Keseluruhan : ​18549¥ Program ini telah berjalan lancar. Namun begitu, diharapkan untuk tahun-tahun yang akan dating program ini akan diadakan dengan lebih lancar dan sempurna. Pesanan untuk pengelola yang bertuah pada tahun-tahun akan datang, sila rancang program lebih awal agar lebih banyak aktiviti dapat dijalankan selain makan sahaja. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak pengelola. Jasa anda semua akan kami kenang sehingga tua. Akhir kata, kami di pihak pengelola ingin meminta maaf jika ada sebarang kekurangan atau kesilapan sepanjang program berjalan. Sekian. Yang menulis, Muhammad Anwar bin Mohd Yusof Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Gunma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...