Isnin, 7 Oktober 2013

Laporan Projek Umi 2013

Assalamualaikum w.b.t warga gundai.

Alhamdulillah selesai projek umi dah lama dah tapi baru berkesempatan nak siapkan laporan. Ampun maaf dipinta. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek umi kita pada tahun ini yang telah diadakan di Fujizuka-Hama Beach, Niigata.

Berikut merupakan perbelanjaan semasa projek umi berlangsung.



Perkara
Kos (yen)
ETC
33600 (5600x6)
Minyak
48000 (8000x6)
Barang Gunto
1982
Barang Cainz
1800
Barang Gyomu
8176




Jumlah keseluruhan bagi projek ini memakan belanja sebanyak 93558yen. Pihak tantou juga membuat kutipan sebanyak 3000 yen bagi non-gundai yang terlibat dalam projek umi ini.

Akhir kata, maaf atas salah silap pihak tantou. Mohon dihalalkan segala makan minum.

Sekian terima kasih.





Rabu, 19 Jun 2013

BBQ 2013

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Alhamdulillah, selesai juga projek BBQ 2013 kita pada 18 Mei yang lalu. Kami pihak tantou ingin memohon maaf atas sebarang kekurangan dan dalam masa yang sama mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan kalian semasa projek dijalankan.

Berikut merupakan jumlah perbelanjaan:
PERBELANJAAN
JUMLAH(¥)
Ayam+Daging
16040
Bahan mee+Bahan BBQ+others
17074
Gasolin
9000
JUMLAH BERSIH
42114

Berikut pula senarai kehadiran warga gundai ke projek BBQ:
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Post-grad & lain-lain
Sarah
Natrah
Jia
Pja
Siti
Mal
Shaarp
Shera
Fin
Mai
Luqman
Cawan
Su
Zatiey
Intan
Afif
Nae
Zureq
Alep
Ido
Buk
Nikku
Rad
Nazih
Nani
Mail

Aiman
Raiz
Addin


Lai
Am
Ika



Afiq
Aja



Femto
Zaid



An
Mar




Razuan




Rina




Faiz




Yana




Mewy
JUMLAH=43 orang

Ribuan terima kasih atas kehadiran anda bagi memeriahkan projek BBQ tahun ini. Kami sekali lagi memohon maaf atas segala kekurangan yang berlaku dan minta halalkan segala duit yang digunakan. Terima kasih sekali lagi kepada pihak yang terlibat memerah keringat memerap dan membakar ayam & daging, yang mengipas, yang memasak mee, yang membawa pencuci mulut, yang mengambil gambar, yang memancing, yang meniup bubbles, yang membawa tali skipping dan bola, dan tak dilupakan yang mengemas serta mencuci periuk dan pinggan mangkuk.


Wassalam.

Isnin, 29 April 2013

LAPORAN KAM(KIRYU ANNUAL MEETING) 2013/2014

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, kita berpeluang lagi untuk meneruskan semester baru. Selamat datang ke Gunma kepada kohai 1 nen dan kepada 2nen sei, selamat datang ke Kiryu.

Pada tanggal 2 April 2013 bertempat di White Corp2 102 kita telah mengadakan mesyuarat untuk Organisasi Gundai sesi 2013/2014. Ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Jawatankuasa sesi 2012/2013 kerana telah berusaha sebaiknya melaksanakan tugas masing-masing dengan jayanya.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2013/2014

PRESIDEN : Mohamad Afiq Bin Awi
NAIB PRESIDEN : Nur Hafizah Binti Khusni
SETIAUSAHA : Nor Shahirah Binti Abdul Shukor
BENDAHARI : Ariff Aiman Bin Mohd Ariffin
AJK SURAU : Muhammad Raiz Bin Mohamad Zaki
AJK AKADEMIK : Ahmad Izzat Bin Kusni
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Berikut adalah senarai projek & pengarah bertugas bagi setiap projek 

1)HANAMI(歓迎会)
Pengarah : Natrah Binti Malek & Mohd Azerulnae Bin Mat Jusoh
2)BBQ
Pengarah : Nurfareizea Binti Zulkafli &  Ariff Aiman Bin Mohd Ariffin
3)NATSU
Pengarah : Muhammad Idham Bin Aisha & Nurfarahin Binti Amir Adli
4)SATAY
Pengarah : Ahmad Izzat Bin Kusni & Nik Muhammad Aizat Bin Ismil
5)GAKUENSAI
Pengarah : Nazih Bin Ismail@Nawang & Nur Syazura Binti Mokhtar
6)KOUYOU
Pengarah : Ain Nur Amalina Binti Mazlan & Mohamad Alias Bin Osman
7)SOUBETSUKAI
Pengarah : Muhamad Ridzuan Bin Isa & Siti Radziah Binti Yusoff

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Masalah-masalah & cadangan yang dibincangkan

1)Bilangan kereta tidak mencukupi
Memandangkan bilangan kereta yang sedia ada tidak mencukupi untuk memuatkan semua warga Gundai, pihak tantou projek diminta memilih lokasi projek yang terdekat untuk memudahkan pergerakan sehingga masalah ini diselasaikan.
2)Bajet untuk setiap projek
Pihak tantou diminta untuk merancang projek dengan lebih teliti agar tidak memakan kos terlalu tinggi. Antara faktor terlebih bajet adalah seperti jarak lokasi yang boleh mempengaruhi penggunaan minyak.
3)Masa
Diharap agar warga gundai dapat  menerapkan nilai mematuhi masa orang Jepun bukan sahaja apabila berurusan dengan mereka tetapi dalam semua urusan. Sila elakkan kelewatan untuk melancarkan perjalanan aktiviti.
4)Tantou terbeban?
Perlu dingatkan bahawa tujuan projek-projek dilaksanakan adalah untuk mengeratkan hubungan sillaturahim disamping dapat menerap nilai kepimpinan, skil pengurusan dan nilai kerjasama. Tugas tantou adalah untuk membahagikan kerja supaya urusan lebih tersusun. Sila beri kerjasama kepada tantou.
5)Hubungan antara warga Gundai
Sempai dihormati,kohai disayangi. Kurangkan senioriti tingkatkan prestasi. ;)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Yuran-yuran adalah seperti berikut:
1) Yuran Tahunan : 10,000yen(sama seperti tahun lepas)
2) Yuran Surau : 1,500yen sebulan/18,000yen setahun(untuk penduduk kiryu sahaja.)
Yuran hendaklah dibayar kepada bendahari Gundai dgn segera untuk mengelakkan sebarang masalah dan supaya projek dpt berjalan dengan lancar.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Semoga seluruh warga Gundai dapat memberi kerjasama agar projek dapat dilaksanakan dengan lancar dan riang gumbira. Sebarang pertanyaan dan cadangan boleh rujuk AJK.

Laporan oleh:
Nor Shahirah Binti Abdul Shukor

p/s : Majulah team bola Kiryu! ZOZO

Khamis, 18 April 2013

Blue Night in Memories: Soubetsukai 2012/2013


Assalamualaikum wbt. Syukur alhamdulillah pada tanggal 19 Januari 2013 bertempat di kaikan gunma university event terakhir menutup tirai iaitu soubetsukai telah selamat dilaksanakan. Weolls pihak tantou terlebih dahulu menyusun sepuluh jari lentik meminta kemaafan atas kelewatan laporan ini.

Bertemakan blue,white and black dengan kehadiran seramai 59 orang, majlis berjalan lancar dengan vogue dan curlassnya.Di sini pihak tantou ingin mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang memberikan kerjasama dan menyumbangkan tenaga bagi majlis kali ini. Majlis kali ini telah menelan kos sebanyak 52400 yen.

Kepada senpai-senpai yang bergraduasi TAHNIAH atas kejayaan selama berada di sini. Kepada yang pulang ke tanah air bekerja teruskan usaha murni menyumbangkan kepada pembangunan negara. Yang masih menyambungkan pengajian sukses selalu di Japan. Yang bekerja di Japan tabahkan hati youalls!!

Pucuk pauh selara pauh
Pucuk terjuntai di atas titi
Adik jauh kekanda jauh
Menaruh rindu di dalam hati

Patah pasak dalam kemudi
Patah diruang bunga kiambang
Kalaulah tidak bertemu lagi
Bulan yang terang sama dipandang





Beribu kemaafan di atas segala kekurangan sepanjang majlis.Semoga ukhuwah tetap berpanjangan.Panjang umur berjumpa lagi di Malaysia tercinta.. X.O.X.O

Yours truly
Nazih bin Ismail @ Nawang    Nur Izzatie binti Halim
dan Belia Benci Dadah 3 nen sei 2012/2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...