Isnin, 29 April 2013

LAPORAN KAM(KIRYU ANNUAL MEETING) 2013/2014

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, kita berpeluang lagi untuk meneruskan semester baru. Selamat datang ke Gunma kepada kohai 1 nen dan kepada 2nen sei, selamat datang ke Kiryu.

Pada tanggal 2 April 2013 bertempat di White Corp2 102 kita telah mengadakan mesyuarat untuk Organisasi Gundai sesi 2013/2014. Ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Jawatankuasa sesi 2012/2013 kerana telah berusaha sebaiknya melaksanakan tugas masing-masing dengan jayanya.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2013/2014

PRESIDEN : Mohamad Afiq Bin Awi
NAIB PRESIDEN : Nur Hafizah Binti Khusni
SETIAUSAHA : Nor Shahirah Binti Abdul Shukor
BENDAHARI : Ariff Aiman Bin Mohd Ariffin
AJK SURAU : Muhammad Raiz Bin Mohamad Zaki
AJK AKADEMIK : Ahmad Izzat Bin Kusni
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Berikut adalah senarai projek & pengarah bertugas bagi setiap projek 

1)HANAMI(歓迎会)
Pengarah : Natrah Binti Malek & Mohd Azerulnae Bin Mat Jusoh
2)BBQ
Pengarah : Nurfareizea Binti Zulkafli &  Ariff Aiman Bin Mohd Ariffin
3)NATSU
Pengarah : Muhammad Idham Bin Aisha & Nurfarahin Binti Amir Adli
4)SATAY
Pengarah : Ahmad Izzat Bin Kusni & Nik Muhammad Aizat Bin Ismil
5)GAKUENSAI
Pengarah : Nazih Bin Ismail@Nawang & Nur Syazura Binti Mokhtar
6)KOUYOU
Pengarah : Ain Nur Amalina Binti Mazlan & Mohamad Alias Bin Osman
7)SOUBETSUKAI
Pengarah : Muhamad Ridzuan Bin Isa & Siti Radziah Binti Yusoff

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Masalah-masalah & cadangan yang dibincangkan

1)Bilangan kereta tidak mencukupi
Memandangkan bilangan kereta yang sedia ada tidak mencukupi untuk memuatkan semua warga Gundai, pihak tantou projek diminta memilih lokasi projek yang terdekat untuk memudahkan pergerakan sehingga masalah ini diselasaikan.
2)Bajet untuk setiap projek
Pihak tantou diminta untuk merancang projek dengan lebih teliti agar tidak memakan kos terlalu tinggi. Antara faktor terlebih bajet adalah seperti jarak lokasi yang boleh mempengaruhi penggunaan minyak.
3)Masa
Diharap agar warga gundai dapat  menerapkan nilai mematuhi masa orang Jepun bukan sahaja apabila berurusan dengan mereka tetapi dalam semua urusan. Sila elakkan kelewatan untuk melancarkan perjalanan aktiviti.
4)Tantou terbeban?
Perlu dingatkan bahawa tujuan projek-projek dilaksanakan adalah untuk mengeratkan hubungan sillaturahim disamping dapat menerap nilai kepimpinan, skil pengurusan dan nilai kerjasama. Tugas tantou adalah untuk membahagikan kerja supaya urusan lebih tersusun. Sila beri kerjasama kepada tantou.
5)Hubungan antara warga Gundai
Sempai dihormati,kohai disayangi. Kurangkan senioriti tingkatkan prestasi. ;)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Yuran-yuran adalah seperti berikut:
1) Yuran Tahunan : 10,000yen(sama seperti tahun lepas)
2) Yuran Surau : 1,500yen sebulan/18,000yen setahun(untuk penduduk kiryu sahaja.)
Yuran hendaklah dibayar kepada bendahari Gundai dgn segera untuk mengelakkan sebarang masalah dan supaya projek dpt berjalan dengan lancar.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Semoga seluruh warga Gundai dapat memberi kerjasama agar projek dapat dilaksanakan dengan lancar dan riang gumbira. Sebarang pertanyaan dan cadangan boleh rujuk AJK.

Laporan oleh:
Nor Shahirah Binti Abdul Shukor

p/s : Majulah team bola Kiryu! ZOZO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...