Khamis, 18 April 2013

Blue Night in Memories: Soubetsukai 2012/2013


Assalamualaikum wbt. Syukur alhamdulillah pada tanggal 19 Januari 2013 bertempat di kaikan gunma university event terakhir menutup tirai iaitu soubetsukai telah selamat dilaksanakan. Weolls pihak tantou terlebih dahulu menyusun sepuluh jari lentik meminta kemaafan atas kelewatan laporan ini.

Bertemakan blue,white and black dengan kehadiran seramai 59 orang, majlis berjalan lancar dengan vogue dan curlassnya.Di sini pihak tantou ingin mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang memberikan kerjasama dan menyumbangkan tenaga bagi majlis kali ini. Majlis kali ini telah menelan kos sebanyak 52400 yen.

Kepada senpai-senpai yang bergraduasi TAHNIAH atas kejayaan selama berada di sini. Kepada yang pulang ke tanah air bekerja teruskan usaha murni menyumbangkan kepada pembangunan negara. Yang masih menyambungkan pengajian sukses selalu di Japan. Yang bekerja di Japan tabahkan hati youalls!!

Pucuk pauh selara pauh
Pucuk terjuntai di atas titi
Adik jauh kekanda jauh
Menaruh rindu di dalam hati

Patah pasak dalam kemudi
Patah diruang bunga kiambang
Kalaulah tidak bertemu lagi
Bulan yang terang sama dipandang





Beribu kemaafan di atas segala kekurangan sepanjang majlis.Semoga ukhuwah tetap berpanjangan.Panjang umur berjumpa lagi di Malaysia tercinta.. X.O.X.O

Yours truly
Nazih bin Ismail @ Nawang    Nur Izzatie binti Halim
dan Belia Benci Dadah 3 nen sei 2012/2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...