Isnin, 29 April 2013

LAPORAN KAM(KIRYU ANNUAL MEETING) 2013/2014

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, kita berpeluang lagi untuk meneruskan semester baru. Selamat datang ke Gunma kepada kohai 1 nen dan kepada 2nen sei, selamat datang ke Kiryu.

Pada tanggal 2 April 2013 bertempat di White Corp2 102 kita telah mengadakan mesyuarat untuk Organisasi Gundai sesi 2013/2014. Ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Jawatankuasa sesi 2012/2013 kerana telah berusaha sebaiknya melaksanakan tugas masing-masing dengan jayanya.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2013/2014

PRESIDEN : Mohamad Afiq Bin Awi
NAIB PRESIDEN : Nur Hafizah Binti Khusni
SETIAUSAHA : Nor Shahirah Binti Abdul Shukor
BENDAHARI : Ariff Aiman Bin Mohd Ariffin
AJK SURAU : Muhammad Raiz Bin Mohamad Zaki
AJK AKADEMIK : Ahmad Izzat Bin Kusni
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Berikut adalah senarai projek & pengarah bertugas bagi setiap projek 

1)HANAMI(歓迎会)
Pengarah : Natrah Binti Malek & Mohd Azerulnae Bin Mat Jusoh
2)BBQ
Pengarah : Nurfareizea Binti Zulkafli &  Ariff Aiman Bin Mohd Ariffin
3)NATSU
Pengarah : Muhammad Idham Bin Aisha & Nurfarahin Binti Amir Adli
4)SATAY
Pengarah : Ahmad Izzat Bin Kusni & Nik Muhammad Aizat Bin Ismil
5)GAKUENSAI
Pengarah : Nazih Bin Ismail@Nawang & Nur Syazura Binti Mokhtar
6)KOUYOU
Pengarah : Ain Nur Amalina Binti Mazlan & Mohamad Alias Bin Osman
7)SOUBETSUKAI
Pengarah : Muhamad Ridzuan Bin Isa & Siti Radziah Binti Yusoff

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Masalah-masalah & cadangan yang dibincangkan

1)Bilangan kereta tidak mencukupi
Memandangkan bilangan kereta yang sedia ada tidak mencukupi untuk memuatkan semua warga Gundai, pihak tantou projek diminta memilih lokasi projek yang terdekat untuk memudahkan pergerakan sehingga masalah ini diselasaikan.
2)Bajet untuk setiap projek
Pihak tantou diminta untuk merancang projek dengan lebih teliti agar tidak memakan kos terlalu tinggi. Antara faktor terlebih bajet adalah seperti jarak lokasi yang boleh mempengaruhi penggunaan minyak.
3)Masa
Diharap agar warga gundai dapat  menerapkan nilai mematuhi masa orang Jepun bukan sahaja apabila berurusan dengan mereka tetapi dalam semua urusan. Sila elakkan kelewatan untuk melancarkan perjalanan aktiviti.
4)Tantou terbeban?
Perlu dingatkan bahawa tujuan projek-projek dilaksanakan adalah untuk mengeratkan hubungan sillaturahim disamping dapat menerap nilai kepimpinan, skil pengurusan dan nilai kerjasama. Tugas tantou adalah untuk membahagikan kerja supaya urusan lebih tersusun. Sila beri kerjasama kepada tantou.
5)Hubungan antara warga Gundai
Sempai dihormati,kohai disayangi. Kurangkan senioriti tingkatkan prestasi. ;)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Yuran-yuran adalah seperti berikut:
1) Yuran Tahunan : 10,000yen(sama seperti tahun lepas)
2) Yuran Surau : 1,500yen sebulan/18,000yen setahun(untuk penduduk kiryu sahaja.)
Yuran hendaklah dibayar kepada bendahari Gundai dgn segera untuk mengelakkan sebarang masalah dan supaya projek dpt berjalan dengan lancar.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Semoga seluruh warga Gundai dapat memberi kerjasama agar projek dapat dilaksanakan dengan lancar dan riang gumbira. Sebarang pertanyaan dan cadangan boleh rujuk AJK.

Laporan oleh:
Nor Shahirah Binti Abdul Shukor

p/s : Majulah team bola Kiryu! ZOZO

Khamis, 18 April 2013

Blue Night in Memories: Soubetsukai 2012/2013


Assalamualaikum wbt. Syukur alhamdulillah pada tanggal 19 Januari 2013 bertempat di kaikan gunma university event terakhir menutup tirai iaitu soubetsukai telah selamat dilaksanakan. Weolls pihak tantou terlebih dahulu menyusun sepuluh jari lentik meminta kemaafan atas kelewatan laporan ini.

Bertemakan blue,white and black dengan kehadiran seramai 59 orang, majlis berjalan lancar dengan vogue dan curlassnya.Di sini pihak tantou ingin mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang memberikan kerjasama dan menyumbangkan tenaga bagi majlis kali ini. Majlis kali ini telah menelan kos sebanyak 52400 yen.

Kepada senpai-senpai yang bergraduasi TAHNIAH atas kejayaan selama berada di sini. Kepada yang pulang ke tanah air bekerja teruskan usaha murni menyumbangkan kepada pembangunan negara. Yang masih menyambungkan pengajian sukses selalu di Japan. Yang bekerja di Japan tabahkan hati youalls!!

Pucuk pauh selara pauh
Pucuk terjuntai di atas titi
Adik jauh kekanda jauh
Menaruh rindu di dalam hati

Patah pasak dalam kemudi
Patah diruang bunga kiambang
Kalaulah tidak bertemu lagi
Bulan yang terang sama dipandang





Beribu kemaafan di atas segala kekurangan sepanjang majlis.Semoga ukhuwah tetap berpanjangan.Panjang umur berjumpa lagi di Malaysia tercinta.. X.O.X.O

Yours truly
Nazih bin Ismail @ Nawang    Nur Izzatie binti Halim
dan Belia Benci Dadah 3 nen sei 2012/2013

Khamis, 4 April 2013

Laporan Ekspedisi Pencarian Daun Berkaler dan Gunung 2012

                                            السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


   Syukur Alhamdulillah projek pengembaraan mencari daun kuning oren merah ini telah pun dilaksanakan pada 10 November 2012 yg lalu.Pihak tantou ingin mnyusun jari-jemari memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan , salah faham dan permasalahan yg terjadi selama kami menguruskan projek ini.

   Selain itu,kami juga sangat berterima kasih di atas kerjasama padu yang kami terima daripada gundaian sekalian , terima kasih kpd yg sudi bersengkang mata mengorbankan masa & tenaga menyediakan semua makanan yang sedap belaka, terima kasih kepada semua yg hadir memeriahkan projek koyo kali ni.Terima kasih terima kasih terima kasih..........


Berikut kami bentangkan peruntukan kewangan untuk projek kali ini.



Berikut pula adalah senarai peserta projek.

Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Aizat
Ariff
Afiq
Afiqah
Azrul
Amalina
Aliff
Ain
Izzat
Nurfariezea
Alyas
Ana
Shafiq
Ridzuan
Hafizah
Nurfareiza
Shahirah
Izzatie
Nurfarhana
Syazura
Nazih
Maisarah
Nurfarahin
Rizuan
Rais
Shamzubillah
Siti Saliha
Zamzarina



      
Master/PHD
Lain - lain
Addin & Salwa
Afifi
Abg Zaid & keluarga
Musliha
Intan & Idham Adli
Nazrul Nizam & 3 sahabat
Nurrina & Radzuan
Ria Amalina
Sarah Hajar
Syafiqah & SyaifulAfzal
Jomlah
45 orang
                          

    
     Berikut pula dilampirkan keputusan hasil kaji selidik dan undian tahap kepuasan projek koyo yang dijalankan kepada para peserta.Terima kasih di atas kejujuran dan kesudian mereka yang terlibat meluangkan masa menjawab soalan yang dikemukakan.


    


Semoga program koyo kali ini memberi seribu manfaat kepada semua dan mudah-mudahan kita semua sentiasa di bawah payung rahmat Ilahi.Sekian , terima kasih.

Yang menjalankan tugas  ,
MOHAMAD AFIQ BIN AWI & NUR HAFIZAH BINTI KHUSNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...